Tuesday, 29 January 2013

accident depan mata



Accident ni berlaku dekat lebuhraya plus selatan-utara kilometer berapa dah tak ingat pada 25hb JAN 13. 
Masa sebelum nak jadi kemalangan ni saya tengah memandu secara berhemah. Tapi sempat amik gambar masa memandu huhu. Nak dengki kawan punya pasal.

Ok start masa sebelum accident :

masa tu saya dkt line kanan. Tengah drive nampak kereta Evo Mitsubishi dekat belakang
macam nak potong. Saya pun beralih ke kiri. Dalam 300m lori panjang berada depan saya.
Sambil tunggu kereta evo tu potong yg agak lambat saya pn amik la gambar ni >



Maaf ye mar.. hehehe

Lepas tu kereta evo tu baru dapat potong. Bila dah lepas kereta saya, saya nampak tayar belakang
belah kanan kereta evo tu kurang angin. Masa tu jarak dalam 600m. Masa nak hampir dengan lori
dekat depan tayar kereta evo tu meletup depan mata saya. Saya nampak pemandu hilang kawalan langgar lori sebelah sampai kereta tu langgar divider kiri bahu jalan berpusing2 gak la dalam 3 kali.
Saya nampak sendiri pemandu tu tengah mengawal stering kereta dia. 

Agak takut jugak la tengok. Nasib baik saya tak panik dan dapat kawal kereta saya. 
Dan Alhamdullillah saya tak terlibat dalam kemalangan tu. Tapi saya tak berhenti tengok keadaan mangsa.
Takut nanti jalan jam. Harap pemandu tu dalam keadaan selamat.


Jadi kesimpulannya :

1. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik sebelum bawa jalan jauh. Tak kisah la dari segi tayar
ke enjin ke semua kena check sebelum bergerak.

2. Utamakan keselamatan! pakai seat belt. Ini sangat penting.

3. Pastikan anda dalam keadaan yang cukup tidur. Rehat sekejap bila penat.

4. Jangan ambil gambar, SMS atau jawab call semasa memandu. HUHU




Utamakan keselamatan diri anda!
Nyawa tak boleh dibeli dengan wang ringgit



P/s: saya tau ayat ni terlampau skema sila abaikan hihi







No comments:

Post a Comment